Wednesday, February 29, 2012

It's not hard...It's logic... (Part 1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

(comeback yang diselubungi unsur-unsur keseriusan yang sederhana)

"Setiap manuasia ada kelemahan.." kata-kata yang betul, boleh diterima akal yang waras walaupon manusia yang waras pada zaman sekarang belum tentu boleh tergolong dalam kalangan tu. Betul? Jawab sendiri. Tapi selemah mana pun seseorang manusia tu, masih ada 'ruang' untuk berubah menjadi kurang lemah, dan samapai satu masa, lemah itu mungkin boleh pergi, hilang ditelan arus pemodenan yang kian pesat mem..(ok cukup..). Dan semestinya, 'ruang' itu patut 'diisi' dengan usaha. Tapi kebanyakan makhluk Allah yang berakal di muka bumi yang indah permai lagi sentosa hendaknya ini selalunya tak sedar, lalai (aku la tu..) dan bla3. Dan pada masa dan ketika serta saat..(ok cukup..) inilah masanya suatu entiti (konon..) yang diperkenalkan bukan oleh Galileo Galilee, Valentino Rossi atau Zizan Raja Lawak. Allah invented this.

Nasihat.

Post ini di post (kelemahan bahasa malaysia yang tiada tandingan) bukan untuk bercerita tentang nasihat, bagaimana cara untuk memberi nasihat, menggulai nasihat itu supaya ia boleh dikategorikan sebagai lemak tepu yang..(ok cukup..) tetapi untuk berkongsi respon manusia2 di muka bumi ini terhadapnya.

Poyo.

Perkataan ini selalu diterima oleh si pemberi nasihat; daripada statistik yang dinyatakan oleh google (yang kuat menyatakan bahawa kenyataan ini hanyalah untuk menceriakan suasana). Secara logik, perkataan 'poyo' ini mungkin (MUNGKIN) digunakan atas sebab (1) memberhentikan sesi menasihat (kelemahan bahasa malaysia yang tiada tandingan?) (2) menganggap yang si penasihat tidak layak atau belum cukup baik untuk memberi nasihat (3) malu ditegur (4) ter-hiper-yakin dengan diri sendiri (5) dan sebagainya (sila nyatakan...). Sebab-sebab tersebut hanya sedikit contoh yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat yang semakin diselubungi oleh perkembangan tekno..(tolong..cukup). But, it's true (sebab aku rase aku pon sme je). Sukar menerima nasihat orang lain atas sebab2 seperti di atas telah mengganggu kestabilan masyarakat setempat samada dari dalam atau luar bandar serta kawas...(......). Let me share with you about this; my thoughts.

Kita semua adalah makhluk Allah yang bergelar manusia; golongan yang dikurniakan akal untuk berfikir dengan tahap kewarasan yang maksimum lagi memberansangkan. Tapi, dalam kalangan kita manusia ini telah ditetapkan bahawa tiada seorang pon yang sempurna kecuali Rasulullah S.A.W.. Tinggalkan sebentar kenyataan itu dan kita lihat contoh ini; si pemberi nasihat memberi nasihat dan dibalas dengan; "alaa, ko nsht aku lbih, ko bukan baik sngt.." atau "ko sape nk nsht2 aku? ko pon sme cm aku gak.." atau berkata di dalam hati "ceh, kisah ape aku, ckp nk brapi..ntah2 die pon sme..". Why? Just tell me why did this happen? Ini fakta; semasa seseorang itu memberi nasihat (atau berkata-kata), disebabkan oleh jarak di antara mulut dan telinga lebih dekat, maka dia akan menjadi orang pertama yang akan menasihat itu dan orang yang mendengar nasihat adalah orang kedua (itu ppon jika tiada gangguan bunyi persekitaran). Jadi boleh dikatakan bahawa si pemberi nasihat sebenarnya memberi nasihat kepada dirinya sendiri (juga). Jika kita nak fikirkan tentang siapa baik dan siapa jahat, orang kita anggap jahat tidak layak memberi nasihat, atau orang jahat yang telah berubah tidak layak memberi nasihat, atau orang yang sememangnya jahat tidak layak memberi nasihat, jadi nak tunggu siapa untuk memberi nasihat tu? Rasul? Baginda dah tinggalkan bermacam-macam nasihat; Hadith. Tapi kalau itu pun masih tak nak peduli, tunggu sampai bumi jadi empat segi pon belum tentu ada orang yang layak memberi nasihat. Buka hati, buka minda. Nasihat adalah satu entiti (konon..again) yang wujud untuk dikongsi. Dan semestinya, sesuatu yang dikongsi perlu diterima. Tak salah rasanya mendengar dan menerima nasihat sebab nasihat wujud untuk penambahbaikan dan juga pembangunan kendiri yang semakin asyik ditelan arus pemo...(cukupla...). Nasihat-menasihati budaya kita (nyanyi cam iklan kat tv). It's not hard...

It's logic...


p/s: Terdapat banyak 'typo', penggunaan gaya bahasa yang salah, pe-merepek-kan yang merepek di atas. Ia menunjukkan betapa tidak sempurnanya saya dan jika apa yang saya kongsi itu tak benar, maka bertambah tak sempurnalah saya. Hanya berkongsi apa yang terlintas di dalam kepala yang dipenuhi bibit2 pemikiran yang tergolong dalam kalangan...(ok habis...)

1 comment:

Noru Amran said...

saya baca dan cuba faham dan cuba aplikasi. terima kasih.